Friday, August 20, 2010

praktikal memasang khemah

perjumpaan kali ini tentang praktikal memasang khemah....


En Muiz membawa khemah2 yang akan dipasang oleh kami mengikut group dimana dibahagikan 4 orang dalam setiap group...kami dibawa ke kawasan lapang belakang gelanggang bowling padang...sebelum kami memasang khemah tersebut,,En Muiz memberi sedikit taklimat mengenai langkah2 yang perlu diambil apabila ingin menjalankan aktiviti perkhemahan...sebelum iru jugak kami diminta untuk memberi pendapat setiap orang langkah2 yg perlu diambil tahu apabila hendak mengikuti perkhemahan dimana dari segi tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan ini...

antara tempat2 yang sesuai untuk menjalankan perkhemahan adalah seperti berikut:
  • mendapatkan kebenaran dan maklumat
  • banyak bahan baker
  • kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta 
  • tiada gangguan bahaya
  • tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan
  • hutan yang tidak terlalu terlindung daripada cahaya matahari
  • tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumut
ciri yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut:
  • cuaca dan arah angin
  • dahan atau pokok yang reput
  • tebing runtuh atau batu besar yang bahaya
  • kawasan yang mudah dinaiki air atau benjir            
antara jenis khemah yang digunakan ialah:
  • rigde tent
  • frame tent
  • dome tent
  • bell tent
dalam sesi kali ini En Muiz hanya menggunakn khemah jenis dome tent sahaja kerana ia selalu digunakan semasa perkhemahan kerana jenis khemah ini adalah yang paling sesuai di kawasan perkhemahan


Membuang Najis

  1. Jika 1 hari, korek dan kemudian kambus, jika lebih 1 hari, korek lubang (3 kaki dalam, 2 kaki lebar) kemudian kambus 
  2. letakkan pancang sebagai tanda utk mengelakkan kawan lain mengorek semulajarak 
  3. sekurang-kurangnya 100m dari khemah



Sampah

  1. Sediakan lubang khas utk buang sampah 
  2. mesti dimasukkan ke dalam beg plastik 
  3. bahan tin mesti dikemekkan dahulu sebelum dibuang

Kebersihan Khemah

  1. Tidak dibenarkan membuka barang makanan di dalam khemah kerana boleh menarik minat serangga
  2. Jangan meletakkan pakaian basah di dalam khemah menyebabkan khemah berbau.
  3. Jangan mengidupka api di dalam khemah atau memasak di dalam khemah kerana khemah mudah terbakar


dibawah ini sy ada sertakan beberapa gambar kami semasa memasang khemah mengikut kumpulan yang ditetapkan...


khemah yg En Muiz bwk utk kami try psg


nie mase kami diberi arahan utk mengambil khemah bg setiap kumpulan utk mule psg


nie siap2 nk psg khemah..masing2 dh pgg bhgn msg2 utk dirikan khemah nie


ha..nie khemah dh siap pn dipasang...khemah nie jenis dome...klu nak pergi berkhemah,,khemah ni la yg akan dibawa..


then,,skang nie En Muiz lak menerangkan tentang care2 psg khemah yg btol n apa yang perlu di buat apabila khemah sudah siap dipasang...antaranya ialah En muiz menerangkan cara mengelakkan daripada khemah dimasuki air ialah dengan menarik alas bumbung khemah supaya air hujan mengalir ke longkang yang dibuat...


okei..setakat nie jek utk hari ini...

sekian...


0 comments:

Post a Comment