Friday, August 20, 2010

praktikal memasang khemah

perjumpaan kali ini tentang praktikal memasang khemah....


En Muiz membawa khemah2 yang akan dipasang oleh kami mengikut group dimana dibahagikan 4 orang dalam setiap group...kami dibawa ke kawasan lapang belakang gelanggang bowling padang...sebelum kami memasang khemah tersebut,,En Muiz memberi sedikit taklimat mengenai langkah2 yang perlu diambil apabila ingin menjalankan aktiviti perkhemahan...sebelum iru jugak kami diminta untuk memberi pendapat setiap orang langkah2 yg perlu diambil tahu apabila hendak mengikuti perkhemahan dimana dari segi tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan ini...

antara tempat2 yang sesuai untuk menjalankan perkhemahan adalah seperti berikut:
  • mendapatkan kebenaran dan maklumat
  • banyak bahan baker
  • kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta 
  • tiada gangguan bahaya
  • tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan
  • hutan yang tidak terlalu terlindung daripada cahaya matahari
  • tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumut
ciri yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut:
  • cuaca dan arah angin
  • dahan atau pokok yang reput
  • tebing runtuh atau batu besar yang bahaya
  • kawasan yang mudah dinaiki air atau benjir            
antara jenis khemah yang digunakan ialah:
  • rigde tent
  • frame tent
  • dome tent
  • bell tent
dalam sesi kali ini En Muiz hanya menggunakn khemah jenis dome tent sahaja kerana ia selalu digunakan semasa perkhemahan kerana jenis khemah ini adalah yang paling sesuai di kawasan perkhemahan


Membuang Najis

  1. Jika 1 hari, korek dan kemudian kambus, jika lebih 1 hari, korek lubang (3 kaki dalam, 2 kaki lebar) kemudian kambus 
  2. letakkan pancang sebagai tanda utk mengelakkan kawan lain mengorek semulajarak 
  3. sekurang-kurangnya 100m dari khemah



Sampah

  1. Sediakan lubang khas utk buang sampah 
  2. mesti dimasukkan ke dalam beg plastik 
  3. bahan tin mesti dikemekkan dahulu sebelum dibuang

Kebersihan Khemah

  1. Tidak dibenarkan membuka barang makanan di dalam khemah kerana boleh menarik minat serangga
  2. Jangan meletakkan pakaian basah di dalam khemah menyebabkan khemah berbau.
  3. Jangan mengidupka api di dalam khemah atau memasak di dalam khemah kerana khemah mudah terbakar


dibawah ini sy ada sertakan beberapa gambar kami semasa memasang khemah mengikut kumpulan yang ditetapkan...


khemah yg En Muiz bwk utk kami try psg


nie mase kami diberi arahan utk mengambil khemah bg setiap kumpulan utk mule psg


nie siap2 nk psg khemah..masing2 dh pgg bhgn msg2 utk dirikan khemah nie


ha..nie khemah dh siap pn dipasang...khemah nie jenis dome...klu nak pergi berkhemah,,khemah ni la yg akan dibawa..


then,,skang nie En Muiz lak menerangkan tentang care2 psg khemah yg btol n apa yang perlu di buat apabila khemah sudah siap dipasang...antaranya ialah En muiz menerangkan cara mengelakkan daripada khemah dimasuki air ialah dengan menarik alas bumbung khemah supaya air hujan mengalir ke longkang yang dibuat...


okei..setakat nie jek utk hari ini...

sekian...


Friday, August 13, 2010

teori mengenai perkhemahan


perjumpaan kali ini belajar teori pasal perkhemahan....first skali En.Muiz suruh kami keluarkan barang2 yg diperlukan utk dibawa semasa perkhemahan...masing2 keluarkan la...saya hanya bawak tali jek..ade yang bawa pisau, parang, mancis, first aid, dan mcm2 lg la keperluan utk berkhemah...

lepas tu En.Muiz terangkan la serba sedikit mengenai perkhemahan...antaranye mengenai barang2 yg sgt penting yg perlu dibawa...mcm first aid, garam kot...ape lg ekh...ha! kene bwk peralatan utk masak, makanan tersgt la pentingnye, dan mcm2 lg la yg penting2...





ciri-ciri yang perlu diperhatikan:
  • Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam bagi khemah yang tidak berpintu. Pastikan cahaya  tidak terus memancar ke dalam khemah.
  • Didirikan berlawan dengan arah tiupan angin bagi mengelakkan hujan masuk ke dalam khemah tetapi boleh mengadap tiupan angin ketika musim panas.
  • Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah yang rata atau lereng bukit atau pergunungan.
  • Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang dan juga jangan mendirikan di tempat yang berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya mengelakan serangga atau binatang berbisa.
  • Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai melakukan aktiviti pada siang hari.

kat bawah nie senarai peralatan yang penting semsa perkhemahan beserta gambar2  yang ditunjukkan oleh En Muiz











  • Khemah yang sesuai.
  • Bag galas
  • Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
  • Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
  • Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain.
  • Botol air, kole dan bekas minuman.
  • Pisau dan pembuka tin
  • Lampu picit serta beteri dan lat gantinya.
  • Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
  • Kotak pertolongan cemas.
  • Kotak ikhtiar hidup.
  • Tali
  • Ponco atau baju hujan.
  • Parang/kapak kecil.
  • Bekas air tambahan.
  • Selimut atau bag tidur


kat bawah nie beberapa gambar yg sy ambil semasa En Muiz menerangkan tentang perlatan yang mesti dibawa semasa aktiviti perkhemahan dan juga peralatan untuk aktiviti flying fox tau up selling

















sekian...


Friday, August 6, 2010

BERKAYAK SESI 2

ok hari ini sekali lagi kami berkumpul di tasik shah alam, seksyen 2 untuk aktiviti kayak kali ke 2 lak...sesi kali nie juz continue berkayak diutamakan pada sesiapa yg tak dpt berkayak mase sesi 1 last week...so seperti biasa kami kene warming up dulu...then,,,kali ini kami kene buat "WATER CONFIDENT" dl...mule2 rs mcm geli je nak rendam badan dlm air tasik tu tp ble dh msuk mcm tak nak naik dh kt atas...sgt seronok terapungkan diri di dalam air...tp yg paling penting sekali kene pakai la safety jacket...


kami diminta untuk memegang tangan ahli kumpulan dimana setiap kumpulan dibahagikan kepada 6 orang bagi setiap kumpulan...apabila semua sudah memegang antara satu dgn yg lain,,,kami diminta mengapungkan diri dgn mengangkat kaki ke atas seperti terlentang dan pastikan tangan tak dilepaskan..then,,kami diminta merendam kepala di dalam air selama lebih kurang 10saat...En Muiz pun suruh kami naik ke atas semula....


WATER CONFIDENT nie amat penting sebelum melakukan aktiviti di dalam air kerana ia bole meyakinkan memberanikan diri apabila berada di dalam air..kiranya melatih diri kita supaya jgn takut dgn air...


then,,kali ini berkayak diutamakan pada sesiapa yg tak merasa berkayak minggu lepas....bila ada kayak lebih barulah yg penah merasa berkayak lagi...tp saya n reen hanya duduk n ambil gambar sahaja sbb kayak dh tak ade...so kami juz bersantai sambil menikmati keindahan tasik itu...hmmm...



ni antara gambar rakan2 kami yang tidak dapat berkayak pada sesi kayak minggu lepas


pada pukul lebih kurang 6.30,,semua diminta naik ke atas semula dan diminta menyimpan kayak ditemptnya...setelah semua selesai kami diberi taklimat bagi aktiviti yang akan dilakukan pada miggu berikutnya...En Muiz meminta kami membawa barang2 yg perlu dibawa semasa perkhemahan setiap seorang dimana setiap orang tak dibenarkan membawa barang yg same...minggu depan nye kami akan belajar mengenai teori tentang perkhemahan...

then,,,kami bersurai...


sekian