Friday, October 8, 2010

last class co-


ari nie last class co- for this semester....rs cedih jgk sbb terpakse berpisah ngn kwn2 kn...tp hidup perlu diteruskan..hehe...

ari nie kami kene hadapi satu test rekreasi...test nie sbg bonus mark bak kt En Muiz...so do the damn best for this test k....test nie diberi mase 30mnt utk menjawab...test nie sume dlm bentuk subjektif...ade 3 bahagian...bahagian A-kompas, bahagian B-kayak, dan bahagian C-perkhemahan...En Muiz suruh kami jawab dlm kertas soalan yang diberikan jek...mudah kn...

soalannye bole tahan susah...tp alhamdulillah kami mampu menjawab sume soalan yang diberi..wlupn pening2 jek nk jwb tp bole la kot nk dpt highest mark..hehehe...amin...
then,after 30mnt kami diminta menghantar kertas jawapan...




sebelum bersurai seperti biasa la En Muiz akan bertaklimat ringkas...yela dh last class banyak azimat yang perlu disampaikan..berkenaan dgn asgmnt yang perlu dihantar pada hari ini,,En Muiz ckp perlu lengkap dgn nm penuh EN Muiz dan nama kami...xbole wt cincai2 jek k..bak kt En Muiz,,bila kami wt cincai,die pn akan bagi markah cincai...so moral of the story wt the best ble ade asgmnt 2 k...

then,,En Muiz menerangkan serba sedikit tentang permarkahan yang diberi...yang plg penting,,En Muiz ckp komitmen kami dlm class,,kehadiran ke class adalah yg paling penting...so we have 2 give good effort to get good result...hehehe...

markah 50% akan kami tahu dlm mgu depan kt En Muiz...wah berdebar2 rsnye...tkt gak...mintak2 la dpt A+ kn...

lastly,,,sy memohon maaf atas sgale kesalahan yang sy wt kt En Muiz sepanjang mengikuti kelas En...n sy harap En Muiz dpt la bg kami semua A+...hehhe

last but not least...sem hadapan sy akan msuk kls rekreasi II lak...insyaAllah...

kls rekreasi En Muiz mmg terbaek la!!

okei...smpai cni shaja coretan sy...terima kasih En Muiz...all the best 2 u...


sekian...




Thursday, October 7, 2010

tugasan 2-bukit cerakah

tugasan kami kali ini berkisar tentang tempat rekreasi di Malaysia...kami memilih BUKIT CERAKAH sebagai destinasi kami untuk membuat kajian....

SEJARAH :

Taman Pertanian Malaysia pada dahulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah merupakan taman pertanian perhutanan  "agro-forestry" pertama yang dibuka di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis taman yang ada di sini seperti, Taman Kaktus, Taman Buah-buahan, Taman Rempah-ratus & Pelbagai Minuman, Taman Haiwan dan Taman Burung. Terdapat dua buah empangan iaitu Empangan Sungai Baru dan Empangan Air Kuning yang menempatkan pelbagai jenis ikan. Pelbagai aktiviti rekreasi juga disediakan seperti jungle tracking, flying-fox, bird watching, berkayak, berbasikal, memancing, aktiviti skytrex, paintball dan lain-lain lagi. Rumah penginapan juga turut disediakan bagi pengunjung yang ingin menginap sambil menikmati suasana persekitaran yang nyaman dengan hidupan flora dan fauna yang dikelilingi oleh suasana kampung seperti di kawasan Perkampungan Idaman, Perkampungan Budaya, Rumah Persinggahan dan di Chamar Rimba. Bagi anda yang inginkan kebebasan, kawasan tapak perkemahan juga turut disediakan. 

TARIKAN PELANCONG
  • taman & kebun


  1. taman haiwan
  2. taman hiasan
  3. taman iklim sederhana 4 musim
  4. taman rempah ratus & pelbagai minuman
  5. taman kaktus
  6. taman buah-buahan tropika
  • empangan/tasik

  1. empangan sungai baru
  2. empangan sungai air kuning
  3. terowong misteri
  4. kolam c

  • pemuliharaan

  1. arboretum
  2. perhutanan tanaman


KEMUDAHAN
  • kampung
  • chalet
AKTIVITI
  • perkhemahan
  • skytrek
  • paintball
  • flyfishing
PENGHARGAAN 


Sebagai penghargaan kepada sumbangan yang amat cemerlang terhadap Industri Pelancongan Negara pada tahun 1992, Taman Pertanian Malaysia telah dianugerahkan Anugerah Pelancongan Malaysia di bawah Sektor Kerajaan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.







Monday, October 4, 2010

basketball tournament...

malam nie 4hb satu pengalaman baru pada sy kerana sy main bola keranjang...hehhe...wlupn mule2 rs takut sbnrnye...yela org xpnh main bola ini...hehe...masing2 mcm teruja jek sbb mane tau nasib badan dipilh sebagai pemain bakat baru utk uitm...kihkih...so ape pn kami perlu berjuang...chayokk!!

ok,,straight 2 the point...jadual telah ditetapkan dgn sape kami berlawan...rupenye bkn dr ko-rekreasi jek tp dr ko- lain pn ade jgk...yang plg mengerunkan kumpulan kami "rotor" kene lawan dgn kmpulan dr ko-bola keranjang...lemah lutut..yela pastinye mereka teror kn...tp layan jela...

ha...kt bawah nie aksi2 kami bermain bola keranjang..wlupn tak tahu tp wt teror jela....seronok gak...main smbil ketawa2 sbb mmg tak reti..hehehe...mule2 2 dpt 1 goal jek...tp pusingan kedua dpt la 3 goal..ok la 2 kan...




kami kalah jgk akhirnye wlupn dh berjuang bermati-matian...(yek2 jek)..hehhe..tp kami tetap bangga sbb bole jgk la kan main...ade group ko-rekreasi menang msuk semi final...group 2 mmg ade pengalaman kot dlm bola keranjang nie...then ble dh kalah 2 kami trus pulang ke kolej...sijil disediakan bagi setiap orang tapi hadiah hanya utk orang yang menang jela...cedih jgk kn xdpt hadiah..tapi xpe...pengalaman 2 pntg...len kali bole main lg kn...

sebelum bersurai En Muiz pesan next class ade test...so be prepair k..

sekian....

Friday, October 1, 2010

presentation kumpulan


hari ini mcm biasa berkumpul di kolam renang...selepas semua ahli ade,,En Muiz menyuruh kami berkumpul di belakang gelanggang bowling padang dimana tempat itu lebih strategik utk wt presentation...

masing2 membawa alat dan kertas mahjong yang telah lengkap dgn maklumat yang dikehendaki..ade beberapa tajuk yang akan dibentangkan iaitu pokok, sungai, bintang, matahari dan kumpulan sy wat tentang kayu...hehe

seperti kate En Muiz dalam hutan mcm2 yang kte dpt jadikan panduan apabila sesat atau dlm keadaan kesulitan ataupn darurat la...dari segi makanan kte bole dpt mcm2 jenis makanan hutan yang bole kte mkn apabila keadaan darurat..sebagai contoh ular, serangga,ulat-ulat dan sebagainya bole dimakan jika kte sudah kehabisan makanan...pokok-pokok di dalam hutan pn kte bole mkn tp make sure kte xmakan pokok atau daun yang beracun..sbb nati xpasal2 jatuh sakit atau mati kn..so sebelum pergi msuk hutan pastikan kte ade ilmu pengetahuan tentang berkhemah atau mengenali pokok2 yang mempunyai racun...

selain itu kan..ade yang present pasal bintang...banyak la jenis bintang yang bole dijadikan panduan ble sesat...mcm bintang pari, bintang buruj dan sebagainye la...

ade jgk yang wat tentang pokok kelapa...banyak kegunaan pokok kelapa ini sebenarnya kepada kte...air kelapa terutamanye mempunyai banyak khasiat...ia boleh menjadi penawar kepada kte apabila jatuh sakit seperti demam panas kn...

skang sy nk bercerita tentang kayu...yang kami present td...so mcm jenis kayu yang terdapat dalam dunia nie antarenye ialah meranti, kembang semangkuk, jati, melunak, nyatoh dan sentang


tapi kali ini sy xde la nk cte pasal jenis2 kayu...juz nk kongsi ape itu panduan yang bole kte dapati dari kayu...kami pn amik maklumat nie dlm internet...okei kt bawah nie ade 6 jenis panduan yang kte bole dpt dr kayu...tujuan panduan nie salah satu care untuk menyelamatkan orang yang sesat...kirenye panduan nie dilakukan oleh org yang menolong...

  • JANGAN IKUT JALAN INI
  • IKUT JALAN  INI



  • TUNGGU SAYA DI SINI



  • SAYA SUDAH PULANG



  • ADA AIR BERSIH MENGIKUT ANAK PANAH INI



Selain itu jgk kayu bole digunakan untuk menentukan arah utara, selatan, timur dan barat...di mana menggunakan menggunakan bayang2 kayu apabila di bawah cahaya matahari...panduannye seperti di bawah















  • Pacak sebatang kayu yang lurus di atas permukaan yang rata.
  • Tandakan hujung batang kayu yang terbentuk di permukaan tanah
  • Selepas 30 minit, tandakan hujung bayang kayu yang baru terbentuk
  • Sambungkan kedua-dua tanda. Contohnya arah timur menghala ke arah tanda yang kedua.


      kt bawah nie gmbar2 yang diambil ketika masing2 present kt depan...ciap amik gmbr penonton yang kusyuk menonton..hehhe




      nie jek yang dpt di coretkan utk post kali ini...eh sblm terlupa sebelum bersurai En Muiz remind tentang bola keranjang yang kami akan sertai bagi pencarian bakat baru pada 4hb nie...so kami diminta berkumpul di pusat sukan uitm pada pukul 8 mlm...dan tak lupe jgk tentang asgmnt yang perlu submit pada perjumpaan akan dtg kira perjumpaan last kami pada 8hb nie...blog pn kene ciapkan jgk pada tarikh yang sme...

      jgn lupeeee....siapkan ape yang disuruh...hehhe

      sekian...


      Friday, September 24, 2010

      kompas...ooo kompas...



      setelah sekian lame bercuti raye selama 2 minggu,,ari nie perjumpaan pertama...mcm biasa la tempatnye di kolam renang...En Muiz memulakan bicaranye setelah lme xjmpe ktorg..hehehe..

      En Muiz menyatakan bahawasanye due date untuk submit tugasan yang diberi sebelum raye ari 2 iaitu tugasan mengkaji tempat rekreasi ditunda pada 8/10/2010...seronok jgk sbb byk ms lagi bole prepair..hehehe...then,,En Muiz ckp blog nie pn kene pada 8/10/2010 jgk...so kami perlu ciapkan okei...


      yang paling mengejutkan kami bila En Muiz announce yang kami kene involved dln satu pertandingan bakat baru bola keranjang...uwaa..dlm seumur hidup saya,,tak penah pn main bola keranjang nie...kami akan beraksi pada 4/10/2010 nie...tujuan aktiviti nie sbb nk cari bakat baru dlm sukan bola keranjang nie la...kami diminta membuat kumpulan 3-4 orang dlm setiap kumpulan...then,,kami perlu membayar rm10 bagi setiap kumpulan...saya, reen n nabila satu kumpulan dan kumpulan kami di beri nm "ROTOR"..nice name...hehhe...almaklumla budak engine...hehhe


      untuk aktiviti pada kali ini,,kami belajar mengenai kompas...En Muiz memberi kami kompas untuk kami bole explore kompas 2...




      ni la kompas yang ditunjukkan











      Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.

      jenis kompas
      • kompas tentera
      • kompas orienteering
      • kompas kiblat
      • kompas digital






      Teknik menggunakan kompas

      Perkara pertama
      • apabila mahu menggunakan kompas ialah belajar mencari arah utara, selatan,barat dan timur juga arah lain seperti barat daya dan lain-lain. Namun arah Utara yang paling penting. 
      • pada kompas terdapar jarum yang diwarnakan merah dan putih, Jarum kompas yang berwarna merah  hendaklah sentiasa menunjukan arah utara 
      • jika tidak menunjukan arah utara, kami harus 'adjust' agar ke Utara.
      • Secara asas kompas memgandungi 16 petujuk mata angin,tengok  gambar dibawah:


      UTL-Utara Timur Laut




      TTL-Timur Timur laut
      TT- Timur Tenggara
      ST-Selatan Tenggara
      UBL-Utara Barat Daya
      BBL-Barat Barat Laut
      BBD-Barat Barat Daya
      SBD-Selatan Barat Daya








      Perkara kedua
      • memahami bahagian-bahagian kompas contoh seperti 2 gambar dibawah. 
      • kami menggunakan kompas silva jenis 4 kompas. 










      1. Anak panah menunjukkan arah
      2. Jarum Kompas
      3. Skala
      4. Kanta Pembesar
      5. Penjangka (roamer)
      6. Penunjuk arah perjalanan
      7. Tapak kompas (Base plate)
      8. Bacaan Bearing (sudut)    
      9. Garisan penimur grid  
      10. Piring kompas (compass Housing)





      Perkara ketiga
      • harus mengetahui memgenai 'bering' (sudut). Bering ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan. Ia menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat.Bering dinyatakan dengan angka contoh 250 d 50 ' 35".

      Perkara keempat 
      • harus mengetahui cara memegang,meletak dan melaraskan kompas.
      • kami perlu meletakan kompas ditapak tangan dan luruskan/ratakan permukaan tangan atau meletakkan kompas ditempat yang rata.

      nie gambar care memegang kompas diatas tapak tangan smbil tersenyum

      nie lak gambar meletakkan kompas ditempat yang rata

      Perkara kelima
      • kemudian baca bacaan sudut atau bearing apabila jarum kompas ditujukan pada arah yang hendak ditujukan
      Kebaikan kompas

      1.Kompas boleh digunakan sebagai penyelang (protector) bagi tujuan menyukat sudut(bering)
      2.Jarum Utaranya cepat dan mudah berhenti
      3.Ringan dan mudah dibawa dan digunakan.

      Keburukan kompas:

      1.Kompas hanya dapat sudut hampir ke 1.4 darjah sahaja (25 mills)

      Kegunaan Kompas:

      1.Mencari arah Utara 
      2.Menentukan kedudukan peta
      3.Menyukat bering (sudut)


      selepas itu kami diberi tugasan iaitu untuk menentukan kedudukan bearing/sudut bagi setiap checkpoint yang dipilih menggunakan kompas..tugasan ini dilakukan dlm kumpulan dimana setiap kumpulan perlu memilih checkpoint2 yang berlainan...apabila setiap kumpulan selesai melakukannye,,kami perlu bertukar2 checkpoint antara setiap kumpulan bagi melihat kefahaman kami tentang kompas ini...jadi kami diingatkan supaya tidak menulis setiap nama checkpoint yang telah dilakukan tetapi hanya mention sudut dan berapa langkah dari satu checkpoint ke checkpoint lain...then,kumpulan lain hanya dpt tahu checkpoint hanya dengan melakukan semula mengikut sudut dan langkah yang di mention kan..so kt bawah ni gambar kumpulan sy semasa tugasan ini dilaksanakan:


      kumpulan kami mulekan tugasan dari meja ini


      checkpoint pertama
                                                     
          
      ke papan tanda seperti di atas..

      nie mase kami mengira sudut dan langkah ke papan tanda tersebut

      checkpoint kedua

      ke arah tingkap...then,,kami ambil bape sudut dan langkah utk ke tingkap tersebut

      checkpoint ketiga

      ke arah papan tanda lagi...then, kami mcm biasa la perlu ambil sudut dan langkah ke arah tersebut

      checkpoint keempat

      last checkpoint kat stor sebelah kolam renang tempat kami berkumpul....so ambil sudut n then kira bape lgkah ke stor tersebut...

      setelah selesai tugasan ini kami perlu bertukar2 mklumat dgn kumpulan lain seperti yang diterangkan di atas...so kami mengikut arahan yang telah ditulis smpai la kami berjaya mencari setiap checkpoint yang dikehendaki... 

      setelah setel sume nye kami bersurai sbb jam pn dah menunjukkan kul 7...tp sebelum tu En Muiz suh kami prepair for the next week...presentation in group...so kami perlu mencari maklumat tentang panduan sesat atau yang sewaktunye ketika masuk hutan...then kami kene present la gune kertas mahjong...

      okei...smpai setakat nie jek...

      sekian...

      Friday, September 3, 2010

      jenis-jenis ikatan


      pada kali ini kami belajar tentang ikatan tali yang selalu digunakan semasa perkhemahan atau untuk mengikat sesuatu..

      En Muiz menerangkan 8 jenis ikatan yang biasa digunakan..antaranya ialah :

      • bunga geti (flag)- untuk menyambung hujung dua tali yang berlainan jenis atau saiz



      • buku sila - untuk mengikat kain anduh, untuk menyambung tali yang sama saiz bagi mematikan ikatan seperti barang2


      • tindih kasih (ikatan pantas) - mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, untuk selamatkan atau mengangkat masa

      • simpulan manok - permulaan untuk mengikat pada kayu


      • simpul lapan - Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati











      En Muiz memberi kami satu lagi tugasan sebelum pulang berhari raya iaitu kami perlu pergi berkreasi ke salah satu tempat rekreasi yang ada di malaysia ini untuk mengkaji tempat tersebut sambil berkreasi...

      sekian...

      Friday, August 20, 2010

      praktikal memasang khemah

      perjumpaan kali ini tentang praktikal memasang khemah....


      En Muiz membawa khemah2 yang akan dipasang oleh kami mengikut group dimana dibahagikan 4 orang dalam setiap group...kami dibawa ke kawasan lapang belakang gelanggang bowling padang...sebelum kami memasang khemah tersebut,,En Muiz memberi sedikit taklimat mengenai langkah2 yang perlu diambil apabila ingin menjalankan aktiviti perkhemahan...sebelum iru jugak kami diminta untuk memberi pendapat setiap orang langkah2 yg perlu diambil tahu apabila hendak mengikuti perkhemahan dimana dari segi tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan ini...

      antara tempat2 yang sesuai untuk menjalankan perkhemahan adalah seperti berikut:
      • mendapatkan kebenaran dan maklumat
      • banyak bahan baker
      • kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta 
      • tiada gangguan bahaya
      • tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan
      • hutan yang tidak terlalu terlindung daripada cahaya matahari
      • tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumut
      ciri yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut:
      • cuaca dan arah angin
      • dahan atau pokok yang reput
      • tebing runtuh atau batu besar yang bahaya
      • kawasan yang mudah dinaiki air atau benjir            
      antara jenis khemah yang digunakan ialah:
      • rigde tent
      • frame tent
      • dome tent
      • bell tent
      dalam sesi kali ini En Muiz hanya menggunakn khemah jenis dome tent sahaja kerana ia selalu digunakan semasa perkhemahan kerana jenis khemah ini adalah yang paling sesuai di kawasan perkhemahan


      Membuang Najis

      1. Jika 1 hari, korek dan kemudian kambus, jika lebih 1 hari, korek lubang (3 kaki dalam, 2 kaki lebar) kemudian kambus 
      2. letakkan pancang sebagai tanda utk mengelakkan kawan lain mengorek semulajarak 
      3. sekurang-kurangnya 100m dari khemah



      Sampah

      1. Sediakan lubang khas utk buang sampah 
      2. mesti dimasukkan ke dalam beg plastik 
      3. bahan tin mesti dikemekkan dahulu sebelum dibuang

      Kebersihan Khemah

      1. Tidak dibenarkan membuka barang makanan di dalam khemah kerana boleh menarik minat serangga
      2. Jangan meletakkan pakaian basah di dalam khemah menyebabkan khemah berbau.
      3. Jangan mengidupka api di dalam khemah atau memasak di dalam khemah kerana khemah mudah terbakar


      dibawah ini sy ada sertakan beberapa gambar kami semasa memasang khemah mengikut kumpulan yang ditetapkan...


      khemah yg En Muiz bwk utk kami try psg


      nie mase kami diberi arahan utk mengambil khemah bg setiap kumpulan utk mule psg


      nie siap2 nk psg khemah..masing2 dh pgg bhgn msg2 utk dirikan khemah nie


      ha..nie khemah dh siap pn dipasang...khemah nie jenis dome...klu nak pergi berkhemah,,khemah ni la yg akan dibawa..


      then,,skang nie En Muiz lak menerangkan tentang care2 psg khemah yg btol n apa yang perlu di buat apabila khemah sudah siap dipasang...antaranya ialah En muiz menerangkan cara mengelakkan daripada khemah dimasuki air ialah dengan menarik alas bumbung khemah supaya air hujan mengalir ke longkang yang dibuat...


      okei..setakat nie jek utk hari ini...

      sekian...