tugasan kami kali ini berkisar tentang tempat rekreasi di Malaysia...kami memilih BUKIT CERAKAH sebagai destinasi kami untuk membuat kajian....
SEJARAH :
Taman Pertanian Malaysia pada dahulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah merupakan taman pertanian perhutanan "agro-forestry" pertama yang dibuka di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis taman yang ada di sini seperti, Taman Kaktus, Taman Buah-buahan, Taman Rempah-ratus & Pelbagai Minuman, Taman Haiwan dan Taman Burung. Terdapat dua buah empangan iaitu Empangan Sungai Baru dan Empangan Air Kuning yang menempatkan pelbagai jenis ikan. Pelbagai aktiviti rekreasi juga disediakan seperti jungle tracking, flying-fox, bird watching, berkayak, berbasikal, memancing, aktiviti skytrex, paintball dan lain-lain lagi. Rumah penginapan juga turut disediakan bagi pengunjung yang ingin menginap sambil menikmati suasana persekitaran yang nyaman dengan hidupan flora dan fauna yang dikelilingi oleh suasana kampung seperti di kawasan Perkampungan Idaman, Perkampungan Budaya, Rumah Persinggahan dan di Chamar Rimba. Bagi anda yang inginkan kebebasan, kawasan tapak perkemahan juga turut disediakan.
TARIKAN PELANCONG
- taman & kebun
- taman haiwan
- taman hiasan
- taman iklim sederhana 4 musim
- taman rempah ratus & pelbagai minuman
- taman kaktus
- taman buah-buahan tropika
- empangan/tasik
- empangan sungai baru
- empangan sungai air kuning
- terowong misteri
- kolam c
- pemuliharaan
- arboretum
- perhutanan tanaman
KEMUDAHAN
- kampung
- chalet
AKTIVITI
- perkhemahan
- skytrek
- paintball
- flyfishing
PENGHARGAAN
Sebagai penghargaan kepada sumbangan yang amat cemerlang terhadap Industri Pelancongan Negara pada tahun 1992, Taman Pertanian Malaysia telah dianugerahkan Anugerah Pelancongan Malaysia di bawah Sektor Kerajaan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. |
0 comments:
Post a Comment